Friday, 14 October 2011

Mesyuarat Mapem

Pada 12hb-10-2011,mesyuarat kali ke-4 bagi semester ini berlangsung.Mesyuarat diadakan bertempat di bilik gerakan kompleks siswa.

Buat pertama kali dalam sejarah mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi dan Exco Mapem menyaksikan kehadiran 100 peratus.


Mesyuarat pada kali ini juga mencatatkan tahap komitmen yang tinggi dalam kalangan ahlinya.Hampir 80 peratus dari ahli hadir lebih awal.Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab(Al-Fatihah).

Menurut presiden MAPEM,mesyuarat pada malam itu dijangka akan dihadiri oleh Encik Jagen selaku Penyelaras JPM.Namun,Encik Jagen tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Saudara Zulfakri Zainon Presiden Mapem sesi 2011/12

Mesyuarat tetap berlangsung tanpa kehadiran dari Encik Jagen.Agenda pertama yang dibincangkan adalah berkenaan dengan AFIDOTE.Penerangan dari saudari Fadhilatun Nisa berkenaan perkembangan perancangan AFIDOTE.


Seterusnya,penerangan diberikan oleh pengarah-pengarah program berkenaan perkembangan program yang dirancang.


Beberapa persepakatan telah dicapai berkenaan dengan program orientasi kos.Saudara Nash Azuan mencadangkan program orientasi kos digabungkan dengan program MAFDA(hari keluarga).Hal ini kerana terdapat persamaan aktiviti dalam kedua-dua program ini.


Memetik kata-kata saudara Nash Azuan,"saya kecewa kerana selaku pengarah program orientasi kos,saya terpaksa menggabungkan program ini dengan program MAFDA atas sebab kekangan dana".

Mesyuarat juga diserikan dengan gurau senda dari para ahli bagi mengelakkan kebosanan yang melampau-lampau.


Para ahli juga memberi tumpuan semasa mendengar penerangan yang diberi.




Minit mesyuarat dan agenda mesyuarat juga direkodkan dengan oleh setiausaha saudari Nadila Midin dan dibantu oleh timbalan setiausaha saudara Mohd Shahmee.


Berikut sedikit bingkisan berkenaan perjalanan mesyuarat.





Para ahli juga mengadu bahawa penyaman udara dibilik mesyuarat terlalu sejuk.



Seterusnya beberapa isu juga dibincangkan seperti isu lawatan,facebook,pembahagian tugas dan sebagainya.Mesyuarat ditangguhkan pada masa dan tempat yang akan dimaklumkan kelak.

Sunday, 18 September 2011

Program perjumpaan pembimbing siswa bersama mahasiswa/wi Jabatan pengurusan Maritim.

18 september 2011 bertempat di Bina Syarahan dan sekitar pantai UMT berlangsungnya program perjumpaan pembimbing siswa bersama mahasiswa/wi Pengurusan Maritim.Program ini bermula selepas Asar pada jam 4.30 ptg hingga sebelum maghrib iaitu sebelum jam 7.00 ptg.

Program ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin iaitu Prof.Madya Dato’Dr.Saharuddin bin Dato’Abdul Hamid.

Dato' Dekan

Ucapan ringkas Dato' dekan menyentuh berita-berita terbaru berkaitan dengan Jabatan Pengurusan Maritim.Selain itu,Dato' dekan ada juga menyentuh aspek akademik para mahasiswa/wi Pengurusan maritim.Beliau berharap supaya mahasiswa/wi Pengurusan maritim mempertingkatkan prestasi Akademik disamping tidak mengabaikan pembangunan sahsiah.

Turut hadir,ketua Jabatan Pengurusan Maritim iaitu Dr. Mohammad Rosni Othman,penyelaras Jabatan Pengurusan Maritim En.Jagan Jeevan dan juga para pensyarah Jabatan Pengurusan Maritim yang mana mereka juga adalah pembimbing siswa atau mentor kepada mahasiswa/wi Pengurusan Maritim bagi tahun 1,2 dan 3.

Berikut sedikit gambaran aktiviti yang dijalankan.













Alhamdulillah,program yang santai dan ceria.Diharapkan hubungan erat antara warga Jabatan Pengurusan Maritim akan berkekalan untuk kebaikan bersama.

Wednesday, 14 September 2011

saluran penyampaian maklumat


Blog ini baru dilancarkan sebagai medium kepada mahasiswa/wi Pengurusan Maritim UMT mendapatkankan maklumat segala aktiviti/program yang dijalankan.

Pengurusan blog akan diuruskan oleh Exco publisiti dan media kelab MAPEM iaitu:
-Aida Aziela Binti Mukhzam
-Mohd Nash Azuan Bin Shaharuddin

jika ada sebarang maklumat yang ingin dikongsikan bersama ahli lain,jangan segan silu menghubungi kami di:
Aida Aziela:0199474599
Nash Azuan:013-4245481