Sunday, 18 September 2011

Program perjumpaan pembimbing siswa bersama mahasiswa/wi Jabatan pengurusan Maritim.

18 september 2011 bertempat di Bina Syarahan dan sekitar pantai UMT berlangsungnya program perjumpaan pembimbing siswa bersama mahasiswa/wi Pengurusan Maritim.Program ini bermula selepas Asar pada jam 4.30 ptg hingga sebelum maghrib iaitu sebelum jam 7.00 ptg.

Program ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin iaitu Prof.Madya Dato’Dr.Saharuddin bin Dato’Abdul Hamid.

Dato' Dekan

Ucapan ringkas Dato' dekan menyentuh berita-berita terbaru berkaitan dengan Jabatan Pengurusan Maritim.Selain itu,Dato' dekan ada juga menyentuh aspek akademik para mahasiswa/wi Pengurusan maritim.Beliau berharap supaya mahasiswa/wi Pengurusan maritim mempertingkatkan prestasi Akademik disamping tidak mengabaikan pembangunan sahsiah.

Turut hadir,ketua Jabatan Pengurusan Maritim iaitu Dr. Mohammad Rosni Othman,penyelaras Jabatan Pengurusan Maritim En.Jagan Jeevan dan juga para pensyarah Jabatan Pengurusan Maritim yang mana mereka juga adalah pembimbing siswa atau mentor kepada mahasiswa/wi Pengurusan Maritim bagi tahun 1,2 dan 3.

Berikut sedikit gambaran aktiviti yang dijalankan.













Alhamdulillah,program yang santai dan ceria.Diharapkan hubungan erat antara warga Jabatan Pengurusan Maritim akan berkekalan untuk kebaikan bersama.

Wednesday, 14 September 2011

saluran penyampaian maklumat


Blog ini baru dilancarkan sebagai medium kepada mahasiswa/wi Pengurusan Maritim UMT mendapatkankan maklumat segala aktiviti/program yang dijalankan.

Pengurusan blog akan diuruskan oleh Exco publisiti dan media kelab MAPEM iaitu:
-Aida Aziela Binti Mukhzam
-Mohd Nash Azuan Bin Shaharuddin

jika ada sebarang maklumat yang ingin dikongsikan bersama ahli lain,jangan segan silu menghubungi kami di:
Aida Aziela:0199474599
Nash Azuan:013-4245481